0
  • No products in the cart.

15 Amalan Ibu Mengandung Menurut Islam. Mesti Praktis!

AMALAN IBU MENGANDUNG MENURUT ISLAM

Semasa mengandung, kita dinasihatkan agar mengamalkan perkara-perkara yang digalakkan dalam Islam. Amalan ibu mengandung yang baik adalah menurut landasan Islam. MenurutΒ Ustazah Siti Nor Bahyah Mahamood, antara amalan suami dan isteri semasa isteri mengandung ialah:-

Sentiasa bertaubat dan beristighfar kepada Allah s.w.t.

Panjatkan doa pada Allah

  1. Sentiasa bertaubat dan beristighfar kepada Allah s.w.t.
  2. Banyak berdoa kepada Allah s.w.t.
  3. Rajin puasa sunat (digalakkan suami berpuasa sunat, seperti Isnin dan Khamis)
  4. Rajin solat wajib dan perbanyakkan solat sunat
  5. Banyakkan berzikir
  6. Banyakkan membaca Al-Quran
  7. Banyakkan baca buku ilmiah sepert Kisah Para Nabi, Kisah Para Sahabat dan lain-lain
  8. Berbual-bual dengan anak yang berada dalam kandungan
  9. Lakukan kerja-kerja ringan di rumah sebagai senaman untuk permudahkan proses kelahiran.
  10. Tidak terlalu tertekan atau stres.
  11. Menjaga adab dan emosi terhadap suami dan isteri
  12. Makan makanan yang baik. Pastikan makanan dan bahan-bahan adalah yang halal dan dari sumber pendapatan yang halal.
  13. Jauhi daripada sifat dendam dan dengki
  14. Rajin mengukirkan senyuman
  15. Rajin menghadiri majlis-majlis ilmu.

Antara perkara-perkara yang perlu dielakkan oleh suami dan isteri ketika isteri mengandung pula:-

Hadirkan diri ke majlis ilmu

Usah lakukan perkara maksiat, hadirkan diri ke majlis ilmu

  1. Elakkan mengidam makanan yang tidak baik
  2. Elakkan makan dam minum makanan yang haram dan dari sumber yang haram
  3. Elakkan makanan yang berbisa seperti ikan pari, ikan sembilang, nanas, tapai dan lain-lain
  4. Suami harus elakkan daripada melakukan perkara yang menyedihkan atau merungsingkan isteri.
  5. Elakkan penampilan yang tidak menarik di depan suami.
  6. Elakkan maksiat dan kemungkaran terhadap Allah s.w.t.
  7. Jauhi pertuturan yang negatif
  8. Jauhi membuka aurat
  9. Jauhi amalan khurafat

Apa pula amalan ibu hamil yang baik? Antara amalan bacaan surah semasa ibu mengandung ialah:

Kerana WeChat, suami bersumpah, junjung Al-Quran

Dekatkan diri dengan naskhah Al-Quran

  1. Baca surah Al Fatihah ( untuk terang hati dan kuat ingatan)
  2. Surah Maryam (untuk memudahkan ibu bersalin dan anak yang sabar dan taat.)
  3. Surah Luqman (untuk memperoleh anak yang cerdik akal dan cerdik jiwa)
  4. Surah Yusuf ( untuk memperolek anak yang cantik rupa dan cantik akhlak)
  5. Surah Hujurat (untuk memperoleh susu ibu yang banyak dan anak yang bersifat berhati-hati)
  6. Surah Yaasin (untuk ketenangan hati dan anak tidak terpengaruh dengan godaan syaitan yang mengajak kepada maksiat)
  7. Surah At-Taubah (untuk membersih jiwa dan tidak terlibat dalam maksiat)
  8. Surah an-Nahl (untuk melahirkan anak yang berdisplin)

Kredit:Β SafiahΒ dan suntingan oleh SirapLimau.com

Enter your keyword