D’AURA ACTIV MILK

D’AURA SOFT GEL

SERTAI PROGRAM AFFILIATE D'AURA!

Setelah 9 bulan mengandung, penghujungya adalah waktu bersalin. Saat-saat yg dinantikan oleh seorang ibu untuk melihat bayi di kandungkan ke dunia.

Proses melahirkan bermula dengan kontrasaksi. Kontrasaksi yang berlaku menyebabkan anda berasa tidak selesa. Sakit kontraksi adalah petanda bahawa proses kelahiran sudah bermula.

Jadi, sebaiknya anda mengumpul tenaga untuk proses kelahiran bayi supaya tak habis tenaga semasa nak meneran bayi nanti.

Tak semua ibu yang mengalami sakit kontraksi akan melahirkan bayi secara normal. Ada setengah kes, ibu terpaksa melahirkan bayi secara pembedahan walaupun mengalami sakit kontaksi untuk mengelakkan kemudaratan kepada byi dan ibu.

Bagi mengurangkan ketidakselesaan, terdapat pelbagai cara yang boleh anda gunakan. Terdapat teknik kurangkan sakit ketika bersalin iaitu tanpa bantuan uba. Di sini, saya kongsikan beberapa tips yang membantu mengurangkan sakit kontraksi.

 

#1: TEKNIK PERNAFASAN YANG BETUL

Praktiskan cara pernafasan yang betul dengan menarik nafas dalam-dalam membantu mengurangkan sakit kontraksi, kemudian hembuskan nafas secara perlahan-lahan.

Pengecutan sangat sengit dan bernafas melalui kesakitan amat berguna

Tumpukan perhatian dan jangan hilang tumpuan terhadap pernafasan. Jikalau ini terjadi, rasa sakit akan mengambil alih!

 

#2: Urutan

Jangan memandang rendah kuasa urutan yang baik dengan menggunakan losyen aromaterapi – sama ada belakang badan atau kaki anda!

Minta suami anda  menggunakan pad panas untuk meredakan sakit pinggang semasa kontraksi terjadi.

Sekurang-kurangnya urutan akan meredakan rasa sakit kontraksi.

Hormon oksitosin adalah hormon kehamilan yang berperanan besar dalam penguncupan. Hormon ini juga muncul ketika suami menguru anda atau ketika anda merasa selesa dan selamat pada suatu keadaan.

 

#3: Visualisasi

Berfikiran positif atau bahasa mudah “fikir yang baik-baik saja” membantu minda anda lebih fokus untuk melahirkan bayi berbanding rasa sakit kontraksi

“You are what you think” atau ingatlah bahawa Allah bersama dengan hamba-hambanya. Bersangka baiklah, setiap sakit yang kita rasai dalam proses melahirkan anak, segala dosa akan digugurkan ibarat berjihad di medan perang.

Setelah 9 bulan mengandung dan menghadapi pelbagai dugaan semasa hamil, inilah masanya anda menatap wajah si manja yang anda kandungkan. Bayangkan yang indah-indah

Ketakutan yang berlebihan boleh melambatkan prestasi hormon oksitosin. Apa yang anda perlu lakukan adalah membuat sekeliling anda rasa lebih selesa. Misalnya, dengan memikirkan hal-hal yang menyenangkan

Zikir penenang diri. Jadi sentiasa basahkan lidah dengan zikir mengingati Allah. Sentiasa fikir positif bahawa setiap kontraksi bermakna kelahiran semakin hampir dan dapat jumpa dengan baby secepat mungkin. Bayangkan bayi anda bergerak turun ke pelvis pada setiap kali kontraksi

 

#4: Berendam Dalam Tab Mandi

Membenamkan diri anda dalam air yang hangat semasa kontraksi terbukti cukup berkesan untuk mengurangkan rasa sakit akibat kontraksi.

Ketika anda duduk dengan rileks dalam tab mandi, otot-otot tubuh akan mengendur kerana hangatnya air.

Jika tiada tab mandi, anda boleh cuba untuk menyirami badan dari perut dengan air hangat dengan lembut menggunakan paip. Tekanan lembutnya akan memberikan kesan nyaman dan mengurangkan rasa skit di bahagian bawah punggung.

 

#5: Rehatkan Diri

Melakukan kegiatan yang tidak melawan graviti bumi akan membantu mengurangkan rasa sakit anda.

Anda boleh duduk dengan santai menyandarkan diri pada dinding atau pada suami.

Anda perlu rehatkan diri untuk menyimpan tenaga semasa proses meneran bayi nanti.

 

#6: Gunakan Beg Panas

Bila dotang kontraksi, keadaan otot akan sedikit tegang. Untuk kurangkan rasa tegang otot, boleh gunakan konsep kehangatan. Caranya mudah aje, isikan beg getah dengan air panas dan letakkan di sekitar pinggang dan peha di mana kita rasa kontraksi yang kuat.

Kalau takde beg air panas, boleh gunakan botol tahan panas. Isikan botol dengan air panas, balut dengan tuala kecil sebelum guna.

 

#7: Guna Minyak Kelapa Dara

Minyak Kelapa Dara sudah jadi amalan turun temurun nenek moyang kita. Khasiatnya banyak. Antaranya ialah memudahkan proses bersalin dan secara langsung mengurangkan kesakitan semasa bersalin. Dengan penggunaan secara konsisten, proses bersalin anda pasti akan menjadi lebih mudah dan tak sakit.

Jadi, anda boleh la amalkan semua cara yang diatas. Kalau anda amalkan, confirm tak sakit dan bersalin nanti mudah je.

DAFTAR AKAUN AFFILIATE ANDA DISINI