0
  • No products in the cart.

Kenapa Ibu Berpantang Perlu Memakai Pilis ?

Kenapa Ibu Berpantang Perlu Memakai Pilis ?

Kenapa Ibu Berpantang Perlu Memakai Pilis:-
🍃🍃🍃🍃🍃🍃🍃🍃🍃

Pilis adalah campuran herba yang khusus untuk disapukan pada dahi. Bahan asasnya adalah tepung beras yang dicampurkan dengan ramuan herba seperti kencur, kunyit, kenanga,daun pudina, halba, kapur sirih, air limau nipis dan sebagainya

🍃🍃🍃🍃🍃🍃🍃🍃🍃
Pilis seeloknya digunakan selepas mandi, dua kali sehari, sehingga hari ke-40 berpantang.

Antara kebaikan memakai pilis untuk ibu berpantang adalah:

✨Meredakan pening kepala
✨Melancarkan peredaran darah
✨Menyegarkan mata dan memberi keselesaan pada ubun
✨Mengurangkan rasa pitam / ‘gelap mata’ / pandangan kabur. Ini biasanya dialami oleh wanita yang mengalami tekanan darah tinggi
✨Mengelak ‘angin’ yang boleh menyebabkan tekanan emosi

👍👍👍Cubalah, Anda Akan Nampak Kesannya!!!!

Sesetengah wanita mungkin menganggap amalan ini sebagai sesuatu yang leceh. Namun, jika ia dilakukan dengan disiplin setiap hari, anda tentu akan dapat merasai kebaikannya. Malah, ia juga membantu mengekalkan kesihatan wanita buat jangka masa panjang.

😘 Sharing is caring
#AuraMama
#CantikAktifSihat
#MinyakKelapaDara
#DAura

Enter your keyword