0
  • No products in the cart.

Siapa Kata Ibu Hamil Tak Boleh Berfesyen?? Jom Baca Tips Fesyen Yang Awesome Untuk Ibu Hamil!

Hai para bakal mommy semua. Apa khabar? Susah tak nak cari pakaian yang stylo semasa hamil ni? Kalau susah tak pa. Hari ni saya nak share sikit tips fesyen semasa hamil.

Bagi wanita hamil sudah semestinya mahukan pakaian yang selesa dan nampak cantik. Tidak dinafikan pada masa kini terdapat banyak pakaian wanita hamil yang cantik-cantik dan mengoda hati.

Tetapi, sudah tentulah ia tak semudah yang disangka untuk mencari pakaian seperti wanita yang belum mengandung. Cuma, anda jangan risau. Kerana pada masa kini terdapat juga beberapa jenama khas yang memasarkan pakaian ibu mengandung, termasuklah di internet.

Saya berikan sedikit tips untuk memilih pakaian semasa hamil.

 

1.Bahan (Material) baju :

Jangan abaikan bahagian material baju ini. Kerana wanita yang hamil kebiasaannya mempunyai tahap metabolism lebih tinggi daripada biasanya. Jadi, anda akan merasa lebih cepat penat dan banyak berpeluh,.

Oleh kerana itu pilihlah baju hamil dari bahan-bahan yang sejuk seperti kapas yang pastinya akan jadi lebih selesa dipakai daripada bahan sintetik.

Pada masa sekarang sudah terdapat banyak seluar berpinggang getah, baju maxi, dress labuh dan seluar jeans yang sesuai untuk ibu mengandung. Seeloknya carilah baju yang dapat menutup perut anda sepenuhnya.

Selain itu, anda juga boleh mencuba untuk memakai pakaian yang bukannya diciptakan untuk wanita hamil. Tetapi, cukup ideal untuk dikenakan saat dan selepas hamil.

Seperti:-

>Seluar panjang bertali

Sumber: Google

>Baju kimono

Sumber: Google

>Jubah

Sumber: Google

2. Kasut :

Sumber: Google

Semasa hamil, berat badan anda akan bertambah. Apabila berat badan bertambah, ianya akan memberi kesan kepada tulang belakang dan lutut. Kerana dua bahagian ini menanpung berat badan terutamanya lutut. Jadi, pemilihan kasut yang betul sangat penting untuk mengelakan sakit belakang dan sakit kaki yang berlebihan.

Sewaktu kehamilan tahap keseimbangan anda akan menjadi kurang baik dan tubuh anda akan cenderung condong ke depan. Jadi, anda disarankan untuk mengunakan kasut bertumit rendah atau tanpa tumit, dan elakkan yang bertumit runcing, kerana mudah membuat jatuh.

 

Seluar dalam : Seluar dalam khusus untuk ibu hamil sebenarnya tidak terlalu diperlukan. Anda hanya membeli beberapa seluar dengan bahan yang selesa dipakai dan dengan saiz yang lebih besar.

Sumber: www.wanista.com

Enter your keyword