Uncategorized

10 Cara Penggunaan Minyak Kelapa Dara Dalam Aktiviti Harian Anda!

Minyak kelapa dara merupakan minyak organik & semulajadi yang boleh digunakan sebagai amalan awet muda ataupun untuk merawat beberapa jenis penyakit. Disebabkan tahap asid laurik dan antioksidan yang tinggi, minyak kelapa dara (VCO) dikenali sebagai minyak yang paling sihat. Minyak menakjubkan ini telah lama digunakan turun-temurun di Asia dan Latin Amerika sebagai remedi untuk mengubati pelbagai masalah kesihatan. Untuk kesan yang positif, pastikan anda dapatkan minyak kelapa dara atau Virgin Coconut Oil ( VCO) yang 100% ORGANIK & tanpa bahan kimia.

 

PENGGUNAAN MINYAK KELAPA DARA MELALUI MAKANAN

  1. Diamalkan dengan telan secara terus.

 

Orang Dewasa (13 tahun & keatas)

  • 1-2 camca makan waktu pagi sebelum sarapan
  • 1-2 camca makan selepas makan malam

Kanak-Kanak ( 4-12 tahun)

  • 1-2 camca teh makan waktu pagi sebelum sarapan
  • 1-2 camca teh makan selepas makan malam

Kanak-Kanak ( Bawah 2-3 tahun)

  • 1 camca di dalam susu formula / minuman / makanan seperti nestum

Bayi 5 bulan – 1 tahun

  • 3-4 titik di dalam susu formula / minuman / makanan bayi seperti nestum

 

PENGGUNAAN MINYAK KELAPA DARA MELALUI MASAKAN

  1. Sebagai minyak masakan pada suhu yang tinggi.

Minyak kelapa sangat bagus untuk dimasak pada suhu tinggi. Banyak minyak lain seperti minyak zaitun boleh teroksidasi apabila dipanaskan tetapi kerana minyak kelapa dari terdiri daripada lemak tepu yang sihat, ia tetap stabil di bawah suhu tinggi.

 

  1. Sebagai krimer untuk kopi anda.

Tambahkan sesudu minyak kelapa dara untuk kopi anda bagi memberi anda tambahan tenaga dan menggantikan krimer tenusu. Ramai atlet menggabungkan kopi pagi mereka dengan minyak kelapa untuk meningkatkan prestasi dan tenaga mereka.

 

  1. Sebagai minyak dalam resipi mayonis buatan sendiri

Kisarkan 4 kuning telur, 1 sudu teh cuka sari epal dan ½ sudu teh sawi kering. Kisarkan secara perlahan-lahan sambil menambah 1 cawan minyak kelapa (cair) dan ½ cawan minyak zaitun untuk menghasilkan emulsi.

 

  1. Digunakan dalam pembuatan kek dan kuih.

Kalau anda suka buat kek atau kuih & selalu guna minyak sayuran, apa kata kali ini guna pula minyak kelapa dara.

 

  1. Sebagai Dressing/Topping.

Gunakan minyak kelapa dara bagi menggantikan mentega diatas roti ketika sarapan. Gunakan juga sebagai topping ketika makan salad yang segar.

 

PENGGUNAAN MINYAK KELAPA DARA SECARA LUARAN

  1. Cara sapuan pada kulit

Bagi yang ada masalah kulit seperti jerawat badan, kesan regangan ( Stretch Mark), cagu tapak kaki & sebagainya, minyak kelapa dara boleh merawat masalah ini dengan berkesan. Penggunaan minyak kelapa dara untuk ibu mengandung sangat popular di Malaysia terutamanya bertujuan untuk mudahkan bersalin & untuk kurangkan kesan ‘Strecth Mark’ selepas bersalin.

 

  1. Cara sapuan pada rambut & kulit kepala

Sesuai untuk mereka yang mahukan kulit kepala & rambut yang sihat. Tindak balas pantas dapat dilihat bagi mereka yang mempunyai masalah kelemumur.

 

  1. Cara sapuan pada muka & wajah.

Sesuai untuk mereka yang ada masalah kulit muka berjerawat & berjeragat. Amalan minyak kelapa dara 100% organik mampu memulihkan kesihatan kulit anda & menjadi awet muda.

 

  1. Cara guna untuk mata.

Percaya atau tidak, minyak kelapa dara boleh meringankan mata anda yang lesu & sering merah-merah. Kalau anda seorang pekerja pejabat yang selalu mengadap komputer atau pemandu lori yang selalu memandu jauh, boleh amalkan minyak kelapa dara untuk kesihatan mata

 

Oleh kerana manfaat minyak kelapa dara yang bagus untuk kesihatan, tidak hairanlah ramai pengguna mengamalkan minyak kelapa dara dalam kehidupan seharian. Kini, pengamalan minyak kelapa dara semakin mudah dan cepat dengan mengambil produk minyak kelapa dara yang sudah siap dipakejkan. Anda boleh mengetahui lebih lanjut tentang produk minyak kelapa dara di sini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *