D'Aura Blog, Minyak Kelapa Dara

Saya Sumpah Ini Memang 10 Khasiat Minyak Kelapa Dara Yang Menakjubkan!

Minyak kelapa dara memang menakjubkan! Bukan sahaja berkhasiat, tetapi minyak kelapa dara juga mengandungi kebaikan untuk kesihatan dan kecantikan. Nak mendapatkannya pun senang sebab minyak kelapa dara telah digunakan sejak sekian lama dan popular di dalam kalangan masyarakat. Dalam post kali ini, anda akan mengetahui 10 khasiat unik tentang minyak kelapa dara yang jarang diketahui oleh orang ramai, walaupun anda pernah mencuba minyak kelapa dara sebelum ini. 

1.Meningkatkan kadar metabolisme badan

Minyak kelapa dara dapat meningkatkan kadar metabolisme badan supaya sistem badan dapat berfungsi dengan baik. Apabila anda mengamalkan minyak kelapa di dalam diet harian anda, ianya dapat membakar lebih banyak kalori di dalam badan. Ini juga adalah cara terbaik untuk menurunkan berat badan dengan minyak kelapa dara.

2. Mencantikkan kulit, rambut dan kuku

Memiliki kulit yang sihat dan cantik merupakan idaman semua orang. Dengan menyapu minyak kelapa dara ke kulit anda, ia dapat membantu melembapkan kulit serta menjadikan kulit lembut dan licin. Selain itu, minyak kelapa dara juga dapat melambatkan proses penuaan dan kedutan kulit. Rambut dan kuku juga kelihatan cantik, sihat dan berkilat dengan minyak kelapa dara.

3. Menyokong fungsi hormon badan

Penjagaan hormon di dalam badan adalah sangat penting untuk mendapatkan kesihatan yang terbaik. Minyak kelapa dara dapat membantu mengimbangi paras hormon secara semulajadi kerana ianya mengandungi sumber lemak tepu dan asid laurik yang sangat baik. Beberapa kajian mendedahkan bahawa lemak di dalam minyak kelapa dara dapat membantu merangsang aktiviti hormon dan memperbaiki fungsi kelenjar tiroid di mana ianya penting untuk mengawal kadar metabolisme badan.

4. Mengawal nafsu makan

Bagi mereka yang mahu menurunkan berat badan, minyak kelapa dara adalah pilihan terbaik untuk anda. Ia dapat membantu anda kenyang pada masa yang lama, sekaligus dapat mengawal nafsu makan yang tidak terkawal.

5. Sumber tenaga segera

Amalan minum minyak kelapa dara amat bagus kerana ianya memberikan tenaga segera. Minyak kelapa dara juga membantu mengurangkan keletihan setelah penat bekerja. Minyak kelapa dara juga bagus untuk diambil setelah melakukan senaman.

6. Membakar lebihan lemak di dalam badan

Oleh kerana minyak kelapa dara dapat mengawal selera makan, ia juga dapat membantu anda mengurangkan berat badan dengan mencairkan lemak di dalam badan. Ini kerana minyak kelapa dara mengandungi lemak sihat yang tidak menambahkan lemak di keliling pinggang dan otot.

7. Membina otot badan

Selain dapat membakar lemak serta menurunkan berat badan, minyak kelapa dara juga dapat membantu anda membina otot! Disebabkan itulah kebanyakan ahli bina badan mengamalkan minyak kelapa dara di dalam plan pemakanan sihat mereka. Apabila berlakunya perkembangan otot di dalam badan, secara tidak langsung ianya dapat mempercepatkan proses penurunan berat badan seseorang itu.

8. Memudahkan proses bersalin

Minyak kelapa dara dapat membantu ibu yang akan melahirkan anak dengan menolong mengurangkan kesakitan semasa bersalin. Minyak kelapa dara membantu melembutkan bahagian servik sebelum berlakunya kontraksi (meneran). Ianya dapat membantu mengurangkan risiko-risiko lain sepanjang proses bersalin seperti ‘koyak’ pada bahagian kelamin ibu.

9. Mengurangkan ‘morning sickness’

‘Morning sickness’ sudah agak sinonim di kalangan ibu mengandung di mana ianya amat tidak digemari oleh si ibu. Ianya boleh membuatkan si ibu kehilangan tenaga sepanjang hari kerana masa mereka banyak dihabiskan di tandas sahaja. Dengan mengamalkan minyak kelapa dara, ianya dapat mengurangkan rasa mual dan loya serta dapat membantu mengurangkan keletihan.

10. Ejen anti bakteria

Minyak kelapa dara telah diperakui mengandungi asid laurik yang berfungsi sebagai ejen anti bakteria dan anti kulat. Segala kesan bakteria dan kulat dapat diatasi apabila mengamalkan minyka kelapa dara. Justeru, seseorang itu akan sentiasa sihat dan kurang terdedah kepada penyakit.

Memang banyak khasiat minyak kelapa dara yang sangat menakjubkan. Ianya sangat baik untuk kesihatan dan kecantikan anda. Kini anda boleh menikmati minyak kelapa dara dengan mendapatkan produk minyak kelapa dara secara online.

Dapatkan Promosi Minyak Kelapa Dara dari D’aura!

Dipercayai 500,000 ibu sejak 2012

1 x VCO Gold + Free Pump, Liquid Premium

RM166.80 RM99.00
  • Memudahkan proses bersalin
  • Menstabilkan tekanan darah
  • Merawat "morning sickness"
  • Menstabilkan kandungan Hemoglobin
  • Melancarkan pembuangan air besar
  • Mengurangkan risiko bayi kena demam kuning
  • Meningkatkan daya tahan tubuh bayi dalam kandungan
  • Merawat kesan stretch mark
  • Menganjalkan tisu 'miss v '
  • Memberi extra tenaga harian
  • Meningkatkan imunisasi badan
Read more
Close

2x VCO Gold + Pump

RM169.00
  • Memudahkan proses bersalin
  • Menstabilkan tekanan darah
  • Merawat "morning sickness"
  • Menstabilkan kandungan Hemoglobin
  • Melancarkan pembuangan air besar
  • Mengurangkan risiko bayi kena demam kuning
  • Meningkatkan daya tahan tubuh bayi dalam kandungan
  • Merawat kesan stretch mark
  • Meningkatkan imunisasi badan
  • Boleh digunakan sebagai minyak masak
Add to cart

PROMOSI SET IBU HAMIL

RM382.00 RM169.00
  • Memudahkan proses bersalin
  • Merawat "morning sickness"
  • Menstabilkan kandungan Hemoglobin
  • Melancarkan pembuangan air besar
  • Merawat kesan stretch mark
  • Menganjalkan tisu 'miss v '
  • Meningkatkan imunisasi badan
  • Boleh digunakan sebagai minyak masak
  Sesuai kepada: > Ibu hamil kandungan 2-9 bulan > Ibu dalam pantang > Ibu menyusukan bayi  
Add to cart

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *