Minyak Kelapa Dara

10 Penggunaan Minyak Kelapa Dara Untuk Kecantikan Yang Mengejutkan!

Minyak Kelapa Dara adalah mentah, 100% Organik, diekstrak sejuk (tanpa penggunaan haba), halal dan sihat. Minyak Kelapa Dara yang kaya dengan khasiat ini cukup lembut pada kulit yang sensitif, halus, ringan, cepat menyerap dan tidak meninggalkan kesan melekit dengan penggunaan yang betul. Produk wajib dimiliki bagi penggemar produk asli bagi merawat tubuh dari hujung rambut ke hujung kaki.

 

1. Cleansing Oil /Minyak Pembersih Wajah

Pembersihan muka dengan cara yang betul adalah syarat pertama untuk mendapatkan kulit yang sihat. Menggunakan kaedah double cleansing menggunakan minyak kelapa dara adalah sangat sesuai untuk membersihkan wajah. Minyak Kelapa Dara mengandungi asid laurik yang anti bakteria, anti fungal dan anti viral`. Ia membersihkan kulit secara mendalam.  Mekap juga mudah ditanggalkan walaupun dari jenis kalis air.

 

 2. Body Scrub / Lulur

Campuran Minyak Kelapa Dara dan Garam Laut amat sesuai untuk dijadiKan lulur seluruh badan. Untuk menanggalkan kulit mati, gosok perlahan-lahan pada badan. Lulur juga mampu memudarkan parut dan juga luka-luka ringan.

 

3. Losyen Tangan Dan Badan

Jika anda mempunyai kulit yang kering dan sering mengelupas dan merekah, Minyak Kelapa Dara boleh membantu. Tidak perlu penggunaan yang banyak. Satu sudu sudah cukup untuk seluruh badan. Minyak ini membantu menguatkan tisu dan struktur kulit menjadikannya lebih sihat dan lembap.

 

 4. Rambut Yang Subur, Sihat Dan Mudah Diurus.

Selain membantu menyuburkan rambut, minyak kelapa boleh juga merawat kelemumur dan melambatkan uban. Ia juga membantu menghidratkan rambut yang lama dan rosak.

 

5. Pelembap Wajah / Moisturiser

Ia sesuai untuk semua jenis kulit. Selain dari bebas bahan kimia dan alkohol, Minyak Kelapa Dara juga mempunyai Vitamin A, D, E dan K yang bermanfaat untuk kulit.

 

6. Merawat Jerawat

Rawatan untuk jerawat ini mungkin ramai yang sangsi. Alasan paling biasa didengar ialah kulit berjerawat kerana sebum yang aktif mengeluarkan minyak. Maka tidak perlulah menambah lagi minyak. Tapi ramai yang tidak tahu bahawa keadaan kering pada kulitlah yang menyebabkan lebih banyak minyak dihasilkan oleh kelenjar sebum. Minyak Kelapa Dara mengimbangi minyak pada kulit. Ia menghalang kelenjar sebum menjadi terlalu agresif menghasilkan minyak. Tambahan pula ia adalah agen anti bakteria. Ia sebenarnya dapat memulihkan jerawat. Vitamin E yang terkandung membantu merawat kesan jerawat yang ditinggalkan.

 

7. Mendapatkan Bentuk Badan Ideal

Minyak ini tiada kolestrol. Ia mengandungi asid emak yang dinamakan triglycerides MCT yang dapat meningkatkan metabolisma badan. Minyak ini amat sesuai untuk menurunkan berat badan. Maknanya, pengambilan minyak ini dalam diet seharian mempercepatkan pembakaran kalori di samping meningkatkan stamina. Ia juga meningkatkan sistem immuniti badan.

 

8. Melawan Penuaan Pra Matang

Pencemaran, tekanan dan sinaran matahari yang berlebihan membuatkan wajah jadi kusam, pigmentasi dan berkedut. Minyak Kelapa Dara dibuktikan dapat membantu melawan penuaan pra matang kerana kandungan antioksidannya yang tinggi.  Kajian terbaru juga menemukan keupayaan minyak kelapa untuk melawan sinar UV.

 

9. Mendapatkan Alis Mata Menawan

Bulu kening yang lebat tersusun dan bulu mata yang panjang melentik adalah idaman wanita. Kini ia boleh dimiliki secara alami dengan Minyak Kelapa Dara. Sebaiknya sediakan satu botol kecil yang khas untuk tujuan ini. Titiskan minyak pada  cotton bud dan oleskan pada bulu kening dan bulu mata setiap malam. Nantikan hasilnya.

 

 10. Sebagai Highlight Dalam Solekan Untuk Menaikkan Seri Wajah

Kontur wajah dengan solekan adalah trend yang sedang popular. Dengan Minyak Kelapa Dara, anda boleh memberikan sinar dan keserian pada wajah.

 

Kebaikan minyak kelapa dara untuk kecantikan memang tidak dinafikan lagi. Walaupun penggunaan minyak kelapa dara telah diamalkan sejak turun temurun, ianya masih relevan dengan kehidupan moden. Untuk itu, penggunaan produk berasaskan minyak kelapa dara dapat memenuhi kehendak wanita zaman sekarang. Semuanya semakin mudah, hanya beli produk minyak kelapa dara secara online dan anda boleh mendapatkan khasiat minyak kelapa dara untuk kecantikan anda.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *