D'Aura Blog, Minyak Kelapa Dara

3 Tips Mudah Untuk Turunkan Berat Badan Dengan Minyak Kelapa Dara

Banyak sebab kenapa orang mahu menurunkan berat badan. Sering diejek dan dibuli dengan perkataan-perkataan yang kurang sedap didengari? Selalu dipandang rendah oleh orang lain sebab berbadan besar? Jangan bersedih hati. Dalam post kali ini, anda akan mengetahui tip kesihatan untuk membantu anda menurunkan berat badan dengan salah satu makanan kesihatan yang jarang diperkatakan oleh ramai orang; minyak kelapa dara.

Minyak kelapa dara adalah minyak kelapa yang diolah daripada buah kelapa segar melalui proses pemeringkatan yang tidak menggunakan haba. Sejak zaman berzaman, minyak kelapa dara telah digunakan dalam masakan, kesihatan dan kecantikan.

Penggunaan minyak kelapa dara mula mendapat tempat dalam kalangan rakyat Malaysia hasil kajian saintifik yang membuktikan keberkesanan minyak kelapa dara untuk tujuan kecantikan diri. Malah, minyak kelapa dara ini juga mengandungi khasiat tersendiri untuk membantu menurunkan berat badan.

Bagaimanakan minyak kelapa dara baik untuk menurunkan berat badan? Sebenarnya minyak kelapa dara boleh meningkatkan metabolisma badan dan membantu tubuh badan untuk membakar lemak dengan pantas. Apa yang lebih menarik adalah minyak kelapa dara dikategorikan sebagai lemak berkalori rendah. Oleh itu, pengambilan minyak kelapa dara tidak menaikkan berat badan walaupun diambil dengan banyak.

Berikut adalah tip penggunaan minyak kelapa dara untuk menurunkan berat badan:

1.Minum minyak kelapa dara sebelum sarapan pagi

Terdapat beberapa jenis minyak kelapa dara yang berada di dalam pasaran. Jika anda mengamalkan minyak kelapa dara berbentuk cecair, minum satu sudu sebelum sarapan dan satu sudu sebelum tidur. Ianya dapat membantu meningkatkan sistem metabolisme badan dengan membuatkan anda berasa kenyang pada masa yang lama dan kurang berasa lapar.

2. Amalkan minyak kelapa dara bersama jus buah-buahan.

Kebanyakan orang tidak menggemari minum minyak kelapa dara kerana rasanya. Apa kata anda minum minyak kelapa dara dengan jus buah-buahan tanpa gula. Di antara jus buah-buahan yang anda boleh sediakan adalah jus epal atau jus avokado. Pastinya gabungan kedua-dua bahan ni dapat mempercepatkan lemak mencair di badan anda!

3. Sapukan minyak kelapa dara pada anggota badan sebelum bersenam

Nak menurunkan berat badan anda perlu buat senaman yang mencukupi. Buat sekurang-kurangnya dua kali seminggu. Sebelum anda memulakan senaman, pastikan anda sapu minyak kelapa dara pada bahagian-bahagian tertentu seperti di perut, lengan dan peha. Ini dapat meningkatkan proses pembakaran lemak di badan anda.

Diharapkan dengan tip menurunkan berat badan ini, anda dapat memiliki bentuk badan ideal yang anda idam-idamkan. Sekiranya anda berminat untuk mencuba minyak kelapa dara, dapatkan produk minyak kelapa dara secara online hari ini.

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *