D'Aura Blog, kejang kaki, Minyak Kelapa Dara, tip makanan, Uncategorized

5 Cara Atasi Kejang Kaki Ketika Hamil

Kejang kaki sering dialami oleh ibu hamil terutama sekali ketika trimester ke-tiga. Ia sering terjadi ketika mommies sedang tidur atau cuaca sejuk. Kejang kaki boleh terjadi kerana kenaikan berat badan ketika hamil, perubahan hormon progesteron atau kekurangan nutrient didalam badan.

Pada post kali ini, D’Aura ingin kongsikan beberapa tips cara mengelakkan kejang kaki ketika hamil.

 

  1. Lakukan Renggangan

Lakukan renggangan sebelum tidur kerana ia dapat membantu untuk mengelakkan kejang kaki. Berdiri didepan dinding, luruskan tangan anda dan letakkan pada dinding. Lipatkan kaki anda kebelakang secara perlahan. Pastikan tumit anda lurus diatas lantai. Renggangkan selama 30 saat. Pastikan belakang badan anda lurus dan bahgian punggung anda kedepan. Sekarang, giliran kaki anda yang sebelah.

 

2. Kekal Hidrasi

Pentingnya untuk kekal terhidrasi adalah untuk memastikan otot-otot anda juga kekal hidrasi sekaligus dapat mengelakkan kejang kaki. Pastikan urine anda berwarna jernih atau kuning jernih untuk memastikan badan anda terhidrat. Jika urine anda berwarna kuning gelap ia menandakan seseorang itu memerlukan lebih banyak air dalam badan.

 

3. Amalkan Minyak Kelapa Dara (VCO)

Minyak Kelapa Dara (VCO) dapat membantu untuk melegakan kejang otot. Ia boleh dijadikan makanan tambahan harian untuk meningkatkan sistem imum dan melegakan keradangan yang boleh menjadi punca kepada kejang otot. Anda juga boleh urutkan kaki anda dengan Minyak Kelapa Dara (VCO) untuk melancarkan peredaran darah.

 

4. Betulkan Postur Tidur

Pastikan jari kaki anda tidak menghala keatas ketika tidur. Posisi tidur mengiring kesebelah akan membantu melegakan ketidakselesaan pada bahagian belakang anda disebabkan berat bayi dalam kandungan anda. Bagi mengelakkan uterus anda daripada menekan hati anda dan membantu untuk meningkatkan peredaran darah anda, tidur didalam posisi mengiring ke kiri.

 

5. Kekal Aktif

Elakkan duduk atau berdiri pada posisi yang sama untuk terlalu lama. Lakukan aktiviti atau senaman yang ringan untuk memastikan badan anda kekal aktif seperti berjalan dikawasan perumahan anda bersama suami. Pastikan anda mendapatkan nasihat doktar dahulu.

_______________________________________________________________________________

Amalkan Minyak Kelapa Dara (VCO) D’Aura sepanjang kehamilan kerana ia memberi banyak manfaat kepada mommies dan kandungan mommies. Mommies boleh mula amalkan seawal usia kandungan 2 bulan sehingga hari bersalin. Kami sarankan anda mengamalkan pengambilan D’Aura Minyak Kelapa Dara. Dengan pengambilan D’Aura Minyak Kelapa Dara setiap hari bagi ibu hamil, dapat memberi banyak kebaikkan kepada ibu hamil

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *