D'Aura Blog, Minyak Kelapa Dara, Uncategorized

5 Rahsia Cara Guna Minyak Kelapa Dara (VCO) Untuk Kecantikan

wanita berpantang

 

Salah satu cara yang paling best untuk manjakan kulit kita ialah dengan menggunakan minyak kelapa dara. Minyak kelapa dara terdapat 1001 manfaat yang ramai masih lagi tidak tahu. Antara manfaat minyak kelapa dara adalah melembapkan kulit, membersihkan muka dari kotoran, dan mengurangkan masalah jerawat. Dalam post kali ini, anda akan mengetahui 5 rahsia cara guna minyak kelapa (VCO) untuk mendapatkan kulit wajah yang berseri dan sihat.

 

1. Pelembap muka

Minyak kelapa dara merupakan antara pelembap muka semula jadi kerana ia dapat mengurangkan masalah  kulit kering, gatal dan menggelupas.

Cara:

  • Cuci muka anda dengan pembersih muka pilihan anda.
  • Lap muka dengan tuala yang bersih.
  • Tuangkan Minyak Kelapa Dara (VCO) D’Aura ditapak tangan anda.
  • Sapukan Minyak Kelapa Dara (VCO) D’Aura pada wajah anda.
  • Biarkan Minyak Kelapa Dara (VCO) D’Aura menyerap ke dalam wajah anda selama 5-10 minit. Setelah itu, lap muka anda dengan tisu bersih untuk membuang minyak kelapa dara yang berlebihan.

 

2. Makeup remover

Menggunakan Minyak Kelapa Dara (VCO) sebagai makeup remover akan membantu kulit wajah anda kelihatan lebih cantik dan sihat. Minyak dan fatty acids didalam Minyak Kelapa Dara mampu membuang segala makeup yang ada pada wajah tanpa bahan chemical yang berbahaya.

Cara:

  • Letakkan sedikit minyak kelapa dara (VCO) pada tapak tangan anda.
  • Sapukan pada bahagian mata dan bulu mata anda.
  • Dengan menggunakan Teknik “circular motions”, urutkan minyak kelapa dara (VCO) pada wajah anda.
  • Gunakan tuala yang telah dibasahkan dengan air suam untuk membuang sisa minyak dan makeup yang terdapat pada wajah anda.
  • Bilas wajah anda dengan air suam.

 

3. Lulur Wajah

Tahu tak kita boleh guna Minyak Kelapa Dara (VCO) sebagai lulur wajah atau lebih dikenali scrub muka? Scrub muka perlu dilakukan sekurang-kurang nya 2-3 kali seminggu. Antara manfaatnya adalah membuang sel-sel kulit mati yang terdapat pada wajah dan membersihkan liang pori pada wajah kita.

Cara:

  • Campurkan ¼ cawan Minyak Kelapa Dara (VCO) D’Aura, ¼ cawan madu, dan ½ cawan organic raw cane sugar.
  • Sapukan campuran diatas pada wajah anda dan urutkan ia menggunakan Teknik “circular motions.”
  • Bilas wajah anda dengan air bersih.

 

4. Merawat masalah kulit dan jangkitan kulit

Minyak Kelapa Dara (VC0) D’Aura mampu merawat masalah kulit. Antaranya eczema, psoriasis, kurap atau alahan yang boleh menyebabkan kulit gatal dan kemerahan yang berpunca dari bakteria & fungal interactions. Minyak Kelapa Dara bersifat antibakteria yang mampu membunuh bakteria yang menyebabkan jangkitan dan juga mampu mengurangkan kegatalan dan kemerah-merahan.

Cara:

  • Sapukan Minyak Kelapa Dara pada bahagian yang bermasalah sehingga ia meresap kedalam kulit.
  • Ulang sehingga masalah kulit anda hilang.

 

5. Merawat masalah jerawat

Minyak Kelapa Dara mampu merawat masalah jerawat kerana ia mampu mengurangkan bakteria pada wajah anda dan mengurangkan masalah keradangan.

Cara:

  • Campurkan 1 sudu Minyak Kelapa Dara dan 4 titik tea tree oil didalam jar.
  • Sapukan pada jerawat 2-3 kali sehari sehingga jerawat hilang.

 

Memang banyak khasiat minyak kelapa dara yang sangat menakjubkan. Ianya sangat baik untuk kesihatan dan kecantikan anda. Kini anda boleh menikmati minyak kelapa dara dengan mendapatkan produk minyak kelapa dara secara online.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *