tanda bersalin

5 Tanda-Tanda Paling Terang & Jelas Anda Sedang Mengandung

tanda-tanda anda mengandung

Ramai pastinya tertanya-tanya apakah tanda-tanda paling terang & jelas yang dirinya sedang mengandung (sebelum membeli pregnancy test).

Jadi dalam artikel ini kami senarai 5 tanda-tanda jelas yang puan puan sedang mengandung dan jika puan puan ada tanda-tanda ini, bolehlah beli pregnancy test untuk mengesahkannya.

1. Saiz Payudara Semakin Membesar

Payudara kita boleh memberikan klu awal yang kita telah hamil seawal 2 minggu selepas persenyawaan.

Berlaku perubahan hormon dalam badan kita dan hormon ini boleh membuat payudara lebih lembut, rasa nyeri atau sakit. Perubahan lain pada payudara kita ialah terasa lebih padat & berat.

Tanda ini mempunyai persamaan dengan tanda haid. Jadi perbezaan dengan tanda haid?

Perbezaannya ialah rasa sakit & rasa tak selesa yang dialami lebih teruk berbanding biasa. Ini merupakan persediaan awal badan untuk mengeluarkan susu ibu.

Hormon kehamilan memberikan isyarat kepada tubuh kita untuk bersedia dalam masa 40 minggu kehamilan.

Lebih banyak darah & khasiat dibekalkan ke payudara menyebabkan ia menegang & membesar.

Sebab itu ibu hamil digalakkan tukar saiz bra sepanjang mengandung supaya ada ruang lebih untuk membesar dan menjadikan aliran darah bertambah lancar.

 

2. Mengalami Rasa Mual & Loya kerana alahan mengandung (Morning Sickness)!

Terasa teringin nak makan asam dan jeruk? Sebab mual dan loya? Kalau tak dapat makan asam mesti akan rasa pening pening loya dan nak “muntah”.

Ramai ibu mengandung mengalami loya kerana alahan hamil. Boleh dikatakan 3 dari 4 ibu mengandung berasa loya terutama sekali di awal pagi (dikenali dengan morning sickness).

Morning sickness dan pening memang selalu menyerang ibu mengandung pada trimester pertama.

Bila kita nak hamil, badan akan keluarkan hormon kehamilan dan antara kesan hormon ini pada tubuh kita adalah rasa mual mual.

Ibu yang mengalami ‘morning sickness’ dan muntah-muntah, perlu banyak minum air.

Ini kerana bila selalu muntah-muntah, badan akan kurang air dan selera makan akan berkurang.

Deria bau pula menjadi sangat sensitif. Perut terasa lapar, tetapi tak dapat nak makan.

Ibu hamil perlu jaga diet yang sihat supaya kandungannya mendapat zat yang cukup.

 

3. Mengidam

Rasa teringin sangat-sangat nak makan sesuatu. Itulah mengidam.

Tapi kalau badan kekurangan nutrien tertentu pun ada kala akan mengidam juga walaupun kita tak hamil. Ada masa orang lelaki pun boleh mengidam bagi pihak isterinya.

Mengidam sangat susah nak jangka, kadang kadang benda pelik pelik kita teringin nak makan.

Walaupun sebelum tu memang kita tak minat pun makanan tu. Ada yang tak minat makan daging kambing, tiba-tiba teringin nak makan daging kambing. Nasib baik senang nak dapat daging kambing. Kalau daging rusa?

Siapa yang loya tu, selalunya suka makan masam-masam macam jeruk untuk hilangkan mual. Tapi tulah, jeruk banyak garam dan pengawet. Ada kesan tak elok pada anak dalam kandungan.

Tapi mengidam ni memang antara tanda-tanda kehamilan yang sangat jelas.

 

4. Makin kerap buang air kecil

Kenapa ibu mengandung akan kerap kencing? Dari kajian kami, ia ada kaitan dengan perubahan hormon dalam badan.

Dan semasa mengandung badan kita memerlukan lebih banyak darah untuk ibu & bayi.

Jadi lebih banyak darah ada dalam badan. Semua darah ini akan melalui buah pinggang untuk ditapis.

Sebab itu kita asyik rasa nak kencing. Lebih kerap dari biasa.

Awal awal tu memang letih, sebab perlu lebih kerap ke tandas, lebih lebih lagi waktu malam.

Memang kualiti tidur terganggu.

Jangan salah faham dengan tanda kencing manis ek, orang kencing manis aka diebetis akan kerap buang air waktu malam.

Banyakkan minum air kosong untuk ganti balik air yang hilang dari badan.

 

5. Rasa tak selesa pada perut

Badan ibu mengandung akan mengalami banyak perubahan semasa mengandung.

Antara penyebab utamanya ialah kerana hormon kehamilan.

Hormon ini akan mengubah sistem penghadaman ibu mengandung menjadi lebih perlahan.

Kesannya? Kesan baiknya ialah badan ibu mengandung akan menyerap nutrien dari makanan & air dengan lebih baik

Walaubagaimanapun kalau kita kurang minum air & makan makanan berserat mudah untuk kena sembelit & masalah penghadaman yang lain.

Ibu mengandung akan mempunyai pengalaman berbeza untuk setiap anak.

Antara masalah perut yang dialami disebabkan mengandung ialah

  • Perut kembung & masuk angin
  • Terasa senak
  • Sembelit
  • Gastrik (Terutama kalau ada alahan mengandung yang teruk)
  • Selalu kentut
  • Kerap sendawa

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *