tip makanan, Uncategorized

5 Tips Makanan Ibu Hamil Agar Kulit Bayi Putih & Otak Pintar Ketika Lahir

makanan untuk ibu hamil

Memiliki anak yang comel dan pintar adalah impian semua insan yang bergelar ibu dan bapa. Lebih-lebih lagi dengan kegilaan trend mengupload gambar anak-anak yang baru lahir di instagram ketika ini. Bayi yang comel sudah pasti mampu menarik minat ramai untuk memberikan komen memuji dan sebagainya.

Lalu ramai yang tertanya-tanya macam mana nak dapat bayi yang berkulit putih atau setidak-tidaknya berkulit bersih ketika lahir dan dalam masa yang sama pintar?

Sebenarnya orang-orang tua sudah ada petua yang diamalkan sejak turun temurun untuk memastikan bayi yang lahir sihat walafiat, berkulit putih bersih dan pintar ini.

Berikut ialah makanan yang yang boleh diamalkan oleh ibu yang sedang hamil yang bagi untuk bayi yang bakal lahir ke dunia kelak.

1. Sayuran Hijau

Sayuran hijau sebenarnya bagus bagi melindungi rahim dan plasenta. Zat yang terkandung didalamnya secara semulajadi dapat menolong sistem pencernaan ibu hamil, membersihkan air ketuban, dan kulit bayi yang dikandungi

Bayam

Sayur-sayuran hijau seperti bayam kaya dengan kandungan besi & sangat bagus untuk ibu mengandung.

Jadikan bayam sebahagian utama diet kita jika ingin meningkatkan hemoglobin kita.

Brokoli

Sayur jenis krusifer memang banyak khasiatnya, brokoli adalah sumber besi yang kaya.

Sayuran ini juga kaya nutrien penting lain seperti magnesium, vitamin A dan C.

Vitamin & mineral dalam sayur ini sangat baik untuk imunisasi ibu mengandung. Jika badan kita kurang kuat kerana kurang zat, penyakit & jangkitan kuman pun mudah menyerang. Contohnya keputihan & kencing kotor.

2. Air Kelapa

Jika di Indonesia, air kelapa dipercayai dapat membuat kulit bayi bersih, di India pula, isi kelapa yang sudah cukup tua dan keras yang menjadi snek untuk ibu hamil. Mereka yakin, isi kelapa yang tebal dan berwarna putih tersebut dapat membuatkan kulit bayi menjadi lebih terang.

3. Kacang Hijau

Mengambil bubur kacang hijau atau air rebusannya dikatakan dapat menjernihkan air ketuban dan mencerahkan kulit bayi sejak dalam kandungan. Malah ada yang percaya dengan memakan kacang hijau juga akan membuatkan bayi yang dikandungi akan mempunyai otak yang cerdas.

4.  Air Masak / Mineral

Air masak berguna dalam sistem penyucian dan penjernihan air ketuban di ketika kehamilan. Supaya kulit bayi putih bersih, ibu mengandung perlu minum sekurang-kurangnya 8 gelas air masak setiap hari. Kalau lebih banyak dari 8 gelas sehari sebenarnya lebih baik. Jadi sediakan botol air masak untuk di bawa kemana-mana untuk memudahkan para ibu sekalian meminumnya.

5. Elakkan Makan Lemak Daging & Kulit

Lemak daging dan kulit ini mempunyai isi lemak tepu dan kolesterol yang dikatakan mampu memberikan kesan kepada kulit bayi yang bakal lahir. Jadi orang-orang tua melarang ibu mengandungi dari memakan lemak daging dan kulit ayam.

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *