0
  • No products in the cart.

8 Tanda-Tanda Nak Bersalin Yang Setiap Wanita Mengandung Perlu Beri Perhatian

8 Tanda-Tanda Nak Bersalin Yang Setiap Wanita Mengandung Perlu Beri Perhatian

Semakin anda menghampiri 9 bulan kehamilan, pasti anda berasa teruja dan gembira untuk bertemu dengan si kecil. Debaran dan kebimbangan kian dirasai menantikan saat kelahiran. Para ibu perlu membuat persediaan untuk menghadapi pengalaman ini.

Di sini akan dikongsikan tanda-tanda nak bersalin sebagai panduan para ibu. Walaubagaimanapun, tidak semua bakal ibu akan mengalami tanda yang sama. Anda harus merujuk kepada doktor anda dari semasa ke semasa.

Proses bersalin adalah merupakan proses yang mengambil masa dan meletihkan. Berpandukan 8 tanda-tanda awal oleh Ask Dr Sears, bakal ibu boleh mempersiapkan diri untuk menghadapi proses bersalin.

 

  • Kandungan seperti menurun ke bawah

 

Ibu mengandung akan rasa seperti kandungan jatuh ke bawah. Keadaan ini boleh berlaku sekitar 2 ke 4 minggu sebelum bersalin. Ini kerana posisi kepala bayi yang semakin turun ni bahagian pelvis. Bagi wanita yang pernah bersalin sebelum ini, anda mungkin tidak akan merasai kandungan seperti menurun kerana otot pelvis anda sudah meregang.

 

  • Asyik rasa ingin membuang air kecil

 

Di hujung kehamilan, posisi kepala bayi yang semakin menurun ke bahagian abdomen berdekatan dengan tulang pinggul dan pundi kencing. Ia menyebabkan anda semakin kerap membuang air kecil.

 

  • Sakit belakang

 

Anda rasa kesakitan di bahagian belakang, pinggul dan pelvis. Hal ini disebabkan oleh bayi yang semakin berat serta posisi nya yang menurun ke pintu pelvis. Rahim dan ligament pelvis semakin meregang di saat menghampiri kelahiran.

 

  • Kontraksi Braxton-Hicks yang menyakitkan

 

Antara tanda anda bakal bersalin ialah kontraksi Braxton-Hicks yang menyakitkan. Pada awal nya, ia mungkin hanya sekadar rasa tidak selesa. Kemudian, ia menjadi semakin sakit seperti kekejangan ketika datang bulan. Kontraksi Braxton-Hicks sering dikenali sebagai kontraksi palsu. Walaupun ia tidak sama seperti kontraksi sebenar, tapi kontraksi ini boleh berlaku selama 120 saat. Anda akan merasa sakit di bahagian perut dan pinggul disebabkan oleh pengecutan perut. Kontraksi ini boleh berlaku sekitar 1 atau 2 minggu sebelum bersalin, dan semakin sakit saat menghampiri kelahiran. Untuk mengurangkan kesakitan, anda boleh mengubah posisi atau berjalan.

 

  • Cirit-birit dan loya

 

Badan anda akan menghasilkan hormon kelahiran yang mengakibatkan rasa tidak selesa di bahagian perut. Ia mungkin menyebabkan kekejangan di bahagian abdomen dan kekerapan membuang air bagi mengosongkan usus. Ia adalah untuk memberi lebih ruang kepada bayi. Hormon yang sama juga akan menyebabkan anda rasa loya.

 

  • Keluar lendir dari faraj

 

Anda mungkin akan perasan, semakin banyak lendir berwarna putih dan merah jambu keluar dari faraj. Ia mungkin bercampur dengan telur. Lendiran ini berbeza dengan lendiran darah.

 

  • Lendiran darah

 

Ketika hamil, bahagian servik anda dilindungi dari lendiran mengalir. Walaubagaimanapun, saat kelahiran yang semakin dekat akan menyebabkan kepala bayi semakin turun ke bahagian pelvis anda dan kontraksi sebelum bersalin boleh mengakibatkan lendiran ini keluar mengalir. Lendiran bercampur darah ini terhasil kerana dinding serviks yang semakin menipis. Jika lendiran bercampur darah ini keluar dengan banyak seperti anda datang haid, sila hubungi doktor anda dengan segera. Jika keadaan ini berlaku, anda barangkali akan bersalin dalam beberapa hari lagi. Namun jangan bimbang, kadangkala lendiran darah juga boleh berlaku disebabkan hubungan seks ketika hamil.

 

  • Air ketuban pecah

 

Ini adalah tanda bersalin yang paling diketahui umum. Ada ibu hamil yang mengalami kontraksi teruk sebelum air ketuban pecah. Ada juga yang sebaliknya. Jika air ketuban anda sudah pecah, cepat-cepat lah ke hospital dan bersiap sedia untuk bersalin.

Enter your keyword