Uncategorized

Adakah Anda Tahu Kebaikan Minyak Kelapa Dara?

Mari Tanya Pakar Kesihatan Dunia Tentang Kebaikan Minyak Kelapa Dara?

 

“ Minyak kelapa dara mempunyai sifat antivirus, anti-bakteria, anti-kulat & anti parasit secara semulajadi yang boleh membantu mengawal pelbagai jenis penyakit” – Dr. Bruce Fife ( Doctor Naturopati USA )

 

“ Minyak kelapa dara berdiri gagah sebagai minyak yang paling menyihatkan yang boleh anda gunakan. Mengandungi selautan khasiat kesihatan serta khazanah penyelidikan yang sangat berharga. Saya memang sangat berharap agar anda menjadikan minyak kelapa dara sebagai sebahagian daripada pelan pemakanan harian anda” – Dr. John J.Kabara ( Universiti Michigan – USA )

 

“ Minyak kelapa dara adalah minyak yang paling menyihatkan di dunia” – Dr. Mark Atkinson, Holistic Medical Physician, MBBS BCS ( Hons ) Friphh Fcma Betd Sac Dip ( Clinic Nutrition )

 

“Malah, manfaat daripada minyak kelapa dara mentah itu mampu menyokong fungsi tiroid, selain membantu mengekalkan dan mengawal berat badan ideal,” – Prof Dr Mohamad Roji Samidi

 

PERTAHANAN DIRI SEMULAJADI

Kandungan minyak kelapa dara adalah ia hampir menyamai apa yang terkandung dalam susu ibu iaitu memiliki ciri-ciri antimikrob serta nutrisi untuk meningkatkan sistem imun bayi yang baru lahir. Persamaan susu ibu dan minyak kelapa dara ialah mempunyai kandungan asid laurik. Asid laurik diperlukan untuk membantu mencegah virus dan bakteria yang menyebabkan penyakit seperti herpes, influenza, cytomegalovirus, dan termasuk HIV. Ia membantu dalam memerangi bakteria berbahaya seperti listeria monocytogenes dan pylori heliobacter, dan protozoa berbahaya seperti giardia lamblia.

 

MINYAK KELAPA DARA UNTUK RAWATAN PENYAKIT JANTUNG

Minyak kelapa dara mengandungi komposit lauric acid antara 50-70% yang baik untuk melawan masalah kolestrol tinggi & penyakit jantung. Minyak ini baik untuk jantung dan juga boleh menurunkan paras kolestrol.

 

MELANGSINGKAN BADAN DAN MENGUATKAN OTOT

Dengan memakan minyak kelapa dara dengan dos asid laurik yang mencukupi dalam tempoh dua hingga tiga bulan akan membuang lemak pada tubuh anda. Ini telah dibuktikan oleh banyak kajian yang dijalankan oleh pengamal kesihatan. Minyak kelapa dara sangat berkesan dalam membina otot tanpa lemak sehinggakan ia juga telah dipasarkan sebagai makanan tambahan di bawah jenama yang berbeza. Di Amerika Syarikat dan Australia, botol MCT dijual seperti goreng pisang panas untuk mereka yang sedang mengamalkan diet dan bina badan.

 

MENINGKATKAN FUNGSI TIROID (BEGUK)

Minyak kelapa dara boleh membantu untuk memperbaiki keadaan kelenjar tiroid yang kurang aktif. Kebanyakannya wanita yang mencapai umur menopaus mungkin mendapati minyak kelapa dara membantu dalam menstabilkan tahap kesihatan tiroid mereka. Tiroid merupakan kelenjar yang berbentuk rama-rama yang terletak di bahagian hadapan leher yang bertanggungjawab di dalam penghasilan hormon tiroid. Kelenjar tiroid menggunakan zat iodin (sumber yang diperolehi daripada diet pemakanan seperti garam dan makanan laut) dalam menghasilkan hormon tiroid. Hormon tiroid adalah amat penting dalam mengawal metabolisme dan fungsi tubuh badan manusia seperti tumbesaran dan mengawal metabolisme protein dan lemak dalam badan. Walau bagaimanapun, jika anda sedang mengambil ubat untuk masalah tiroid, dan anda mendapati minyak kelapa dara telah membantu anda, jangan berhenti mengambil ubat kecuali atas nasihat doktor.

Terdapat banyak produk minyak kelapa dara di pasaran. Terpulang kepada apa jenama produk yang anda inginkan, anda boleh dapatkannya di pasaraya atau beli produk minyak kelapa dara online untuk kesenangan anda.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *