Uncategorized

Anda Mengalami Mabuk Hamil Atau Morning Sickness Dengan Teruk? Ikuti Tips Ini Untuk Merawatnya!

Rata-rata wanita hamil akan mengalami ‘morning sickness’ atau rasa mual dan muntah pada trimester pertama kehamilan. Meskipun namanya terselit ‘morning’, namun tidak bermakna gejala ini hanya terjadi pada waktu pagi sahaja. Mual dan muntah boleh terjadi pada bila-bila masa tanpa mengira keadaan.

 

Morning sickness akan mula terjadi pada awal minggu ke-6 kehamilan dan semakin berkurangan apabila kandungan menjejak usia 12 minggu. Namun tak semua wanita bernasib baik, ada di antara mereka terpaksa menanggung siksa loya ini sehingga hampir bersalin.

 

Secara umumnya gejala ini tidak merbahaya dan anda tidak perlu terlalu risau kesihatan bayi di dalam kandungan. Satu kajian daripada Institut Kesihatan Kebangsaan Amerika Syarikat (rujuk artikel) mendapati wanita hamil yang mengalami morning simptom adalah normal dan petanda aras bahawa kandungannya sihat. Bagaimanapun jika anda berasa tidak yakin atau mengalami demam atau sakit kepala berpanjangan, atau muntah pertama kali selepas usia kandungan 9 minggu, segeralah berjumpa doktor.

 

Antara beberapa sebab mengapa seseorang wanita hamil mengalami morning sickness adalah:

 

Kehamilan pertama – Pakar berpendapat wanita yang pertama kali hamil akan berdepan dengan masalah mual dan muntah yang teruk atas faktor fizikal dan emosi. Secara fizikalnya, perubahan hormon dan bentuk badan akan memberi kesan kepada si ibu. Manakala faktor emosi pula melibatkan sensitiviti kerana sering berasa takut, tertekan dan berjaga-jaga sehingga mengganggu sistem gastrosus.

 

Sensitif terhadap bau – Bau yang biasanya sedap secara tiba-tiba akan dikatakan busuk dan begitulah sebaliknya. Bau wangian, badan suami atau bau masakan mungkin akan menjadi punca anda mual dan muntah. Namun, perkara ini kebiasaannya tidak berlanjutan.

 

Sensitiviti – Ketika hamil, sel otak akan memberi tindak balas yang lebih sensitif terhadap perubahan hormon badan. Antara perubahan yang ketara adalah hormone Human Chorionic Gonadotropin (hCG), estrogen dan progesterone.

 

Hormon hCG mengalami peningkatan ketika awal kehamilan dan menjadi punca alahan yang teruk, terutama terhadap ibu yang hamil anak kembar.

 

Hormon estrogen mampu meningkat sehingga 100 kali ganda ketika hamil. Namun keadaan ini berbeza mengikut individu.

 

Hormon progesterone memberi kesan ‘relaks’ terhadap beberapa otot badan. Ia mengurangkan regangan otot rahim sekaligus mengelakkan kelahiran awal. Namun keadaan ini memberi kesan terhadap otot perut dan usus sehingga menyebabkan masalah refluks asid perut kepada sesetengah ibu hamil.

 

Stress – Wanita yang pernah mengalami keguguran dan kehamilan pertama akan sentiasa berwaspada dengan pergerakan dan tindakannya, namun tanpa sedar membuatkan mereka tertekan. Keadaan ini bukan sahaja mendedahkan mereka terhadap morning sickness bahkan si ibu juga akan hilang selera makan, gangguan tidur dan rasa tidak tenteram.

 

Genetik – Jika ibu anda mengalami morning sickness ketika mengandung dahulu, kebarangkalian untuk anda mengalami gejala ini juga tinggi.

 

APA BOLEH SAYA LAKUKAN UNTUK ELAK MORNING SICKNESS SEMAKIN TERUK?

  1. Jumpa doktor – Jangan ambil ubat sembarangan! Jika anda rasakan mual semakin teruk sehingga lemah seluruh badan, segera dapatkan rawatan dan mohon cuti pada hari berkenaan. Ini kerana badan anda sedang bekerja keras untuk perkembangan bayi dan badan memerlukan rehat yang secukupnya.

 

  1. Elak perut kosong – Pastikan perut sentiasa diisi meskipun makanan akan keluar semula. Selain mengelakkan perut masuk angin, apabila anda mengalas perut kesan mabuk hamil tidaklah seteruk mereka yang tidak makan langsung.

 

  1. Makan dalam kuantiti kecil dan kerap – Bahagikan waktu makan anda dengan lebih kerap tetapi dalam kuantiti hidangan yang kecil. Ini akan membantu perut anda untuk berasa lebih lega dan tidak terlalu penuh.

 

  1. Banyak minum air kosong – Ia bertujuan untuk mengimbangi dehidrasi akibat sering muntah. Namun jika tak ‘lalu’ nak telan air kosong, boleh saja minum jus buah-buahan dengan mengurangkan gula.

 

  1. Hidu minyak aromaterapi – Morning sickness boleh terjadi kerana sensitiviti terhadap sesetengah bauan. Minyak aromaterapi membantu anda mengurnagkan sensitiviti terhadap bau-bauan sekaligus memberikan ketenangan.

 

  1. Elak makanan berlemak dan pedas – Jika selama ini anda jaguh makan pedas, apa kata cuba kurangkan pengambilan makanan seperti ini kerana ia antara salah satu punca menyebabkan ketidakselesaan di dalam perut.

 

  1. Daun pudina – Kandungan methanol akan mengelakkan rasa mual ketika hamil. Sama ada amalkan minum teh pudina setiap pagi, anda juga boleh titikkan minyak pati pudina ke tangan anda untuk dihidu setiap kali rasa muntah itu datang.

 

  1. Brokoli – Ia kaya dengan asid folik yang membantu anda mengawal morning sickness. Campurkan brokoli bersama halia, lobak dan sawi di dalam sup untuk dimakan bersama nasi.

   

  1. Halia – Ia merupakan antara bahan semulajadi untuk merawat rasa mual dan muntah. Halia membantu meningkatkan sistem pencernaan dan mengurangkan asid di dalam perut. Hiris halia untuk diletakkan di dalam masakan atau jadikan ia teh dicampur maduk untuk diminum setiap pagi.

 

  1. Udara segar dan rehat secukupnya – Luangkan sedikit masa untuk mendapatkan udara segar dan lakukan senaman ringan dengan berjalan di taman pada waktu pagi atau petang. Kurangkan penggunaan aircond di pejabat dengan membuka langsir dan kipas supaya pengaliran udara baik dan menjadikan anda berasa selesa.

 

Tidur awal pada waktu malam dan dapatkan rehat secukupnya kerana – sistem dalaman badan sedang bekerja keras untuk menampung perkembangan bayi anda.

 

Morning sickness antara cabaran manis yang perlu dilalui wanita-wanita hamil. Tiada siapa pun mahu merasai sakit sebegini. Namun, ia adalah normal! Semoga beberapa tips ini dapat membantu merawat morning sickness anda.

 

P.S Gejala morning sickness boleh dikurangkan dengan mengambil makanan tambahan seperti minyak kelapa dara. Ia dapat meneutralkan asid perut yang menyebabkan pedih ulu hati dan loya. Apa yang menarik juga adalah minyak kelapa dara dapat menyeimbangkan paras gula yang tinggi yang sering menjadi punca morning sickness. Dapatkan minyak kelapa dara secara online hari ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *