icon-search
icon-search

TANDA-TANDA MENGANDUNG PALING TERANG & JELAS

Tanda-tanda mengandung berbeza mengikut tempoh dan kekerapan. Bagi sesetengah wanita, tanda-tanda mengandung itu boleh dirasai seawal minggu pertama. Bagi wanita yang baru pertama kali hamil mungkin anda tidak perasan.


1. Lewat datang haid

Tanda kehamilan yang paling jelas bagi sebahagian besar wanita ialah lewat datang haid. Haid yang lambat mungkin boleh menjadi petanda anda hamil terutama sekali kepada wanita yang mempunyai kitaran haid yg teratur. 


2. Payudara semakin besar

Antara tanda awal kehamilan ialah perubahan pada payudara. Payudara anda akan menjadi lebih sensitive terutama sekali pada bahagian putting dan lebih besar kerana bengkak & tegang. Ianya akan menjadi lebih berat atau penuh atau akan terasa sangat lembut apabila dipegang. Puting payudara anda akan menjadi lebih gelap juga. 


3. Mudah berasa penat

Ketika awal kehamilan, mommies akan mudah berasa penat dan ianya normal. Mommies akan mudah berasa penat kerana perubahan pada hormone dan fizikal. Badan mommies sedang bekerja untuk menyesuaikan diri. Mommies perlu dapatkan rehat yang secukupnya. Selain itu, perbanyakkan makanan yang kaya dengan protein dan zat besi kerana ia dapat membantu mengimbanginya.


4. Kerap ke toilet

Antara tanda mengandung adalah sering membuang air kecil. Dari kajian, ia ada kaitan dengan perubahan hormon dalam badan.Dan semasa mengandung badan kita memerlukan lebih banyak darah untuk ibu & bayi. Jadi lebih banyak darah ada dalam badan. Semua darah ini akan melalui buah pinggang untuk ditapis. Sebab itu kita asyik rasa nak kencing. Lebih kerap dari biasa.


5. Morning Sickness

3 dari 4 wanita hamil akan berasa loya atau morning sickness. Ia boleh terjadi bukan pada waktu pagi sahaja tetapi pada bila masa-masa sahaja. Disebabkan ini, mommies akan berasa kurang selera untuk makan. 

Mommies akan mula teringin nak makan asam atau jeruk bagi mengurangkan rasa mual & loya. Sekiranya mommies kerap muntah, pastikan mommies minum air untuk mengekalkan hidrat. Gejala ini akan mula berkurang saat kandungan mencecah minggu ke 13 atau 14.




Older post

Your Cart

Your cart is currently empty.

Continue browsing here.