D'Aura Blog, diabetes, Minyak Kelapa Dara, tip makanan, Uncategorized

Diabetes dan Minyak Kelapa Dara (VCO): Ketahui Faktanya!

Boleh ke saya amalkan Minyak Kelapa Dara (VCO) jika saya menghidap Diabetes?

Penyakit Diabetes adalah satu keadaan di mana paras gula dalam darah adalah tinggi disebabkan oleh kekurangan atau kurang keberkesanan insulin. Keadaan ini terjadi kerana kekurangan hormon insulin yang dihasilkan oleh organ pankreas. Insulin penting bagi mengawal keseimbangan glukos dalam badan dimana ia membantu pergerakan glukos dari darah ke dalam sel. Namun, sekiranya anda mengalami diabetes, sel dalam badan tidak boleh menyerap glukos, ia akan kekal di dalam darah dan boleh menyebabkan paras glukos yang tinggi.

 

Jika anda penghidap Diabetes, anda diminta untuk mengamalkan pemakanan  dalam kuantiti yang sederhana dan makan pada waktu yang sama setiap hari. Penghidap Diabetes juga perlu makan makanan yang rendah lemak dan rendah kalori tetapi tinggi nutrisinya.

 

Fakta Tentang Minyak Kelapa Dara (VCO)

Minyak Kelapa Dara (VCO) kaya dengan antioksida dan boleh memberi tenaga segera dan berkolestrol rendah. Rasanya manis, nutty flavour, dan seperti air kelapa yang pekat sedikit. Ia sering diguna bagi menggantikan penggunaan mentega dan minyak zaitun atau minyak sayuran ketika memasak atau baking.

Minyak Kelapa Dara (VCO) juga sering digunakan dalam kosmetik, seperti:

  • Pelembap kulit semula jadi.
  • Melembuatkan dan melebatkan rambut.
  • Menguatkan dan mencantikkan kuku.
  • Digunakan sebagai bahan di dalam sabu badan, lotion atau shampoo rambut.

Manfaat Minyak Kelapa Dara (VCO)

Jika anda menghidap Diabetes, sangat penting untuk anda mengekalkan berat yang ideal. Menurut kajian pada tahun 2008, mereka yang mengamalkan Minyak Kelapa Dara (VCO) lebih mudah untuk turun berat badan berbanding mereka yang mengamalkan Minyak Zaitun. Minyak Kelapa Dara (VCO) juga kaya dengan antioksida dan anti-stress.

 

Adakah Minyak Kelapa Dara (VCO) memberi manfaat kepada Pesakit Diabetes?

  1. Minyak Kelapa Dara (VCO) kaya dengan lauric acid.

Minyak Kelapa Dara (VCO) kaya dengan antivirus anti-bakteria dan anti parasit jenis asid lemak tepu iaitu Lauric Acid. Selain boleh meningkatkan sistem imun, lauric acid memainkan peranan dalam mengurangkan penyakit diabetes.

Menurut kajian, Minyak Kelapa Dara (VCO) kaya dengan Lauric Acid dan kedua tinggi Lauric Acid ialah susu ibu. Pesakit Diabetes mempunyai tahap kolestrol yang tinggi dan Lauric Acid sangat penting bagi mengurangkan paras Kolestrol.

 

2. Minyak Kelapa Dara menstabilkan paras gula dalam darah.

Bagi menstabilkan paras gula dalam darah, pesakit Diabetes boleh amalkan 3-5 sudu Minyak Kelapa Dara setiap hari.

 

3. Minyak Kelapa Dara boleh mencegah Diabetes Jenis 2.

Terdapat satu kajian, Minyak Kelapa (VCO) boleh mengurangkan gejala Diabetes Jenis 2. Mereka yang amalkan Minyak Kelapa Dara (VCO) boleh mengurangkan risiko obesiti & melawan Rintangan Insulin (Insulin Resistance). Ia juga membantu mereka dalam merendahkan kolestrol dan menambah baik toleransi terhadap glukosa.

 

4. Minyak Kelapa Dara (VCO) mampu melawan Rintangan Insulin.

Apabila badan anda tidak boleh memproses insulin dengan betul, ia boleh mengakibatkan paras gula dalam darah tinggi dan membahayakan. Ini kerana, jumlah insulin yang kurang akan menghalang sel-sel dalam badan dari menyerap glukosa.

 

5. Minyak Kelapa Dara (VCO) boleh menambah baik toleransi terhadap glukosa.

Minyak Kelapa Dara (VCO) kaya dengan Trigliserida rantaian sederhana (MCTs) dimana ia membantu untuk meningkatkan tahap toleransi badan terhadap glukosa. MCT boleh membantu badan untuk gunakan gula sebagai tenaga tanpa ada kesan sampingan terutama sekali kepada pesakit diabetes.

 

6. Minyak Kelapa Dara (VCO) membantu pankreas anda berfungsi dengan sempurna.

Pankreas berfungsi untuk menghasilkan hormon dan enzim bagi menghancurkan makanan di dalam perut.

Pankreas yang sihat akan menghasilkan insulin secukupnya dan ianya sangat penting untuk mengimbangkan paras gula dalam darah. Sekiranya Minyak Kelapa Dara (VCO) diamalkan dalam kehidupna seharian, ia boleh mengurangkan risiko Diabetes Jenis 2.

 

Amalkan Minyak Kelapa Dara (VCO) dalam Diet Seharian anda.

Terdapat pelbagai cara yang boleh anda lakukan bagi menambah Minyak Kelapa Dara (VCO) dalam diet seharian anda.

 

  1. Sebagai minyak masakan pada suhu yang tinggi.

Minyak kelapa sangat bagus untuk dimasak pada suhu tinggi. Banyak minyak lain seperti minyak zaitun boleh teroksidasi apabila dipanaskan tetapi kerana minyak kelapa dari terdiri daripada lemak tepu yang sihat, ia tetap stabil di bawah suhu tinggi.

2. Gunakan ketika anda baking

Jika anda ingin gunakan ketika anda baking, pastikan Minyak Kelapa Dara (VCO) berada didalam keadaan cecair agar mudah untuk digaul bersama bahan lain.

3. Sebagai krimer untuk kopi anda.

Tambahkan sesudu minyak kelapa dara (VCO) untuk kopi anda bagi memberi anda tambahan tenaga dan menggantikan krimer tenusu. Ramai atlet menggabungkan kopi pagi mereka dengan minyak kelapa untuk meningkatkan prestasi dan tenaga mereka.

 

4. Amalkan Minyak Kelapa Dara (VCO)

Anda juga boleh amalkan Minyak Kelapa Dara (VCO) D’Aura 3-5 kali sehari.  Jarakkan 1 jam dari ubat doktor. Consume Minyak Kelapa Dara selepas anda sarapan dan sebelum anda tidur.

________________________________________________________________________________

Promosi Minyak Kelapa Dara D’Aura!

1 x VCO Gold + Free Pump, Liquid Premium

RM166.80 RM119.00
  • Memudahkan proses bersalin
  • Menstabilkan tekanan darah
  • Merawat "morning sickness"
  • Menstabilkan kandungan Hemoglobin
  • Melancarkan pembuangan air besar
  • Mengurangkan risiko bayi kena demam kuning
  • Meningkatkan daya tahan tubuh bayi dalam kandungan
  • Merawat kesan stretch mark
  • Menganjalkan tisu 'miss v '
  • Memberi extra tenaga harian
  • Meningkatkan imunisasi badan
Add to cart

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *