Uncategorized

Ingin Ketahui Bagaimana Minyak Kelapa Dara Boleh Terhasil? Teruskan Membaca Di Sini!

Yang belum pernah atau kali pertama mendengarnya mesti tertanya-tanya apa agak agaknya Minyak Kelapa Dara atau Virgin Coconut Oil (dalam BI)?

 

Dari mana pula asal-usulnya minyak ini? Selain itu, anda juga mesti berfikir, bagaimana minyak ini diproses dan bagaimana bentuk minyak ini? Bagaimanakah rupanya Minyak Kelapa Dara ini.

 

Minyak kelapa dara (Virgin Cononut Oil) bermaksud, minyak yang dikeluarkan dari buah kelapa cukup matang yang telah melalui proses khas untuk memelihara struktur asal atau khasiat semulajadi minyak kelapa yang terdapat didalam buah kelapa tersebut tanpa merosakkan khasiat didalamnya.

 

VCO mengandungi rantai struktur lemak yang kaya dengan ” lauric oil ” yang berfungsi untuk menjaga kesihatan tubuh serta sangat berkesan dalam menyembuhkan berbagai penyakit yang membawa maut, seperti kanser, penyakit jantung, obesiti, dan strok. Di samping itu, kandungan antioksidan di dalam VCO adalah sangat tinggi. Ianya juga berfungsi untuk mencegah penuaan dan menjaga keseimbangan tubuh.

 

Cara-Cara Membuat Minyak Kelapa Dara

Cara pembuatannya tersangatlah mudah hingga boleh dibuat dirumah kerana tiada bahan kimia yang digunakan. Namun awas, salah cara pembuatannya boleh rosak hasilnya kerana minyak ini tersangatlah terjaga teksturnya.

 

Bahan- Bahan

  1. Santan 1kg
  2. Plastik bersih
  3. Getah Pengikat

 

 

Langkah-langkah pembuatan minyak kelapa dara

  1. Bekukan santan 1kg yang diikat didalam plastik di tempat beku 3-4 hari.
  2. Jemurkan santan yang telah dibekukan di bawah panas matahari diantara 6-8 jam.
  3. Setelah santan cair, terbalikkan plastik tersebut dan pastikan pengikatnya berada dibahagian bawah. Pastikan santan telah menghasilkan perbezaan lapisan. Dalam proses tersebut, kita akan dapat melihat pemisahan 3 jenis bahan iaitu minyak kelapa dara, sisa pepejal dan cecair buangan.
  4. Bekukan semula santan yang cair di dalam tempat beku 2-3 jam untuk pastikan cecair santan beku semula untuk keraskan VCO dan sisa pepejal pula.
  5. Cairkan semula santan, buka ikatan plastik tersebut dan buang semua bahagian yang cair.
  6. Baki santan pula diasingkan dan dibiarkan sehingga minyak santan naik ke permukaan.
  7. Setelah santan cair dan minyak terhasil, tapis minyak tersebut dengan kain bersih atau penapis serbuk dan masukkan ke dalam botol untuk disimpan.
  8. Minyak kelapa dara sudah terhasil dan boleh digunakan.

 

Memang menarik cara pembuatan minyak kelapa dara ini. Sebab itulah ramai yang mahu mendapatkan manfaat minyak kelapa dara ini kerana khasiatnya yang terbukti baik untuk kesihatan.

Sekiranya anda mahukan produk minyak kelapa dara yang sudah siap tersedia, anda boleh dapatkan pelbagai produk minyak kelapa dara secara online.

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *