D'Aura Blog

Menarik! 9 Kebaikan Minyak Kelapa Dara Untuk Ibu Mengandung

Minyak kelapa dara sudah agak sinonim di kalangan masyarakat Malaysia. Namun, adakah anda tahu kebaikan minyak kelapa dara ini? Berapa ramai yang mengamalkan minyak kelapa dara dalam kehidupan seharian mereka? Penggunaan minyak kelapa ini sudah diamalkan sejak zaman nenek moyang kita lagi namun ianya semakin dilupakan dek kerana ramai antara kita yang merasakan ianya ketinggalan zaman berbanding dengan teknologi masa kini.

Bahkan, masyarakat Malaysia lebih percaya dan berminat dengan produk-produk kesihatan moden dan pelbagai jenis supplemen di pasaran. Kebanyakan minyak kelapa tidak dikomersialkan dengan meluas dan hanya diedarkan di kalangan ahli keluarga dan jiran-jiran yang mana majoritinya orang kampung,

Namun, setelah beberapa kajian telah dijalankan dan minyak kelapa didapati mengandungi banyak khasiat untuk semua lapisan masyarakat, minyak kelapa mula dipasarkan secara meluas. Kini minyak kelapa dara dipakejkan di dalam bentuk softgel dan cecair untuk pengguna. Permintaan terhadap minyak kelapa dara juga semakin meningkat sehingga ke luar negara seperti Indonesia dan Brunei. 

Apakah minyak kelapa dara?

Secara amnya, minyak kelapa dara atau nama Inggerisnya adalah ‘virgin coconut oil’ merupakan makanan tambahan terbaik untuk ibu hamil & berpantang. Selain itu, minyak kelapa juga disenaraikan minyak makan tersihat di dunia kerana mempunyai 1001 manfaat kepada tubuh badan kita. Tidak hairanlah kenapa minyak kelapa semakin diminati oleh masyarakat sekarang.

Manfaat minyak kelapa dara ini sesuai untuk semua peringkat umur dan jantina, namun kelebihannya lebih tertumpu kepada ibu yang sedang mengandung. Ini kerana minyak kelapa dara boleh digunakan sejak dari awal kehamilan sehinggalah selesai menyusukan bayi. Pendek kata, minyak kelapa dara sentiasa ada bersama ibu untuk memastikan segala keperluan dan nutrisi ibu dan bayi terjaga.

Penggunaan minyak kelapa dara tidak terhad sehingga peringkat kelahiran bayi. Bagi wanita yang sudah melalui tempoh berpantang dan tempoh penyusuan bayi, mereka masih boleh mengamalkan minyak kelapa dara untuk kecantikan dalaman pula. Ini kerana minyak kelapa dara tidak mempunyai sebarang kesan sampingan dan ianya dihasilkan daripada kelapa organik dan asli serta bebas daripada bahan kimia berbahaya.

Berikut adalah di antara kebaikan minyak kelapa dara untuk ibu mengandung:

  • Mengurangkan risiko ‘morning sickness’
  • Mengurangkan risiko penyakit seperti kencing manis dan darah tinggi ketika hamil
  • Untuk ibu yang ada masalah Haemoglobin (hb) rendah
  • Memberikan khasiat terbaik untuk ibu dan anak agar membesar dengan sihat dalam kandungan
  • Menguatkan rahim (khusu untuk mereka yang pernah mengalami keguguran )
  • Menyeimbangkan hormon
  • Mengurangkan sembelit
  • Mengurangkan risiko ‘koyak’

 

Kebaikan minyak kelapa dara untuk ibu mengandung memang tidak dapat dipertikaikan lagi. Sebab itulah ramai wanita yang berpuas hati dengan pengambilan minyak kelapa dara semasa kehamilan.

Terpulang kepada anda untuk memilih produk minyak kelapa dara yang anda inginkan. Sekiranya anda sedang mencari minyak kelapa dara yang terbaik untuk anda, dapatkan produk minyak kelapa dara secara online hari ini. 

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *