D'Aura Blog, Minyak Kelapa Dara

Rahsia Minyak Kelapa Dara Untuk Ibu Mengandung

Minyak kelapa dara memiliki keistimewaan yang tersendiri. Ini kerana khasiatnya yang unik mempunyai manfaat kepada manusia. Namun, tidak ramai yang mengetahui kelebihan minyak kelapa dara untuk kesihatan. Dalam post ini, anda akan mengetahui kebaikan minyak kelapa dara untuk ibu mengandung bermula daripada penghasilan minyak kelapa dara sehinggalah cara-cara pengambilan minyak kelapa dara.

 

Secara amnya, minyak kelapa dara dibuat daripada buah kelapa segar yang diproses melalui beberapa pemeringkatan sehingga terhasilnya minyak daripada kelapa tersebut. Ianya proses yang telah diamalkan sejak dari zaman dahulu lagi.

 

Namun, pada zaman sekarang, generasi muda tidak menggunakan minyak kelapa dara kerana menganggap minyak kelapa dara adalah ketinggalan zaman dan tidak setanding dengan perubatan moden. Tambahan pula, dengan lambakan supplemen kesihatan di pasaran membuatkan masyarakat sudah lupa kepada minyak kelapa dara.

 

Apa yang membezakan minyak kelapa dara dengan minyak kelapa biasa adalah cara pemprosesannya. Minyak kelapa dara diproses tanpa menggunakan haba atau bahan kimia. Selain itu, struktur molekul lemak di dalam minyak kelapa dara masih kekal berbanding molekul minyak kelapa biasa yang berubah akibat kesan haba dan kimia.

 

Bagi wanita yang sedang mengandungkan anak, pengambilan minyak kelapa dara secara berterusan dapat membantu meningkatkan tahap kesihatan tubuh badan. Ini kerana minyak kelapa dara bukan sahaja dapat menurunkan berat badan seseorang, bahkan ianya juga dapat menambahkan nutrisi yang diperlukan oleh ibu dan bayi yang berada di dalam kandungan tersebut.

 

Pengambilan minyak kelapa dara ini seelok-eloknya diamalkan seawal minggu ke-2 hingga minggu ke-3 kehamilan. Ianya perlu diambil setiap hari sebelum sarapan pagi supaya segala nutrisi dapat diserapkan terlebih dahulu ke dalam badan si ibu dan juga kandungan. Ia juga membekalkan tenaga untuk sepanjang hari.

 

Antara kebaikan minyak kelapa dara untuk ibu mengandung

1.Memudahkan si ibu untuk bersalin

Berdasarkan beberapa kajian yang telah dibuat oleh beberapa pakar kesihatan wanita dan ibu hamil di Malaysia, minyak kelapa dara dapat membantu melancarkan proses bersalin. Minyak kelapa dara dapat mengurangkan kesakitan ketika bersalin. Bahagian peranakan akan jadi lembut sebelum berlakunya kontraksi untuk melahirkan bayi.

2. Dapat mengurangkan ‘morning sickness’

‘Morning sickness’ adalah simptom normal di kalangan ibu mengandung tetapi ianya tidak digemari. Ia boleh membuatkan si ibu kehilangan tenaga sepanjang hari kerana masa mereka banyak dihabiskan di tandas sahaja. Dengan mengamalkan minyak kelapa dara, ianya dapat mengurangkan rasa mual dan loya tekak dengan berkesan.

3. Menguatkan kandungan dan rahim ibu

Ada sesetengah ibu mengandung menghadapi masalah rahim yang lemah dan ini boleh memberikan kesan buruk kepada bayi yang dikandung. Dengan mengamalkan minyak kelapa dara, ianya dapat menguatkan kembali rahim wanita dan secara tidak langsung dapat menyalurkan nutrisi kepada bayi.

4. Membantu mengurangkan risiko ‘koyak’

Ianya menjadi mimpi ngeri bagi wanita apabila alat kelamin mereka koyak disebabkan proses bersalin mereka. Di antara faktor penyebabnya adalah saiz bayi terlalu besar atau proses bersalin yang lambat. Ia menjadi lebih rumit apabila doktor terpaksa  menjahit alat kelamin ini. Anda boleh mengurangkan masalah ini dengan minum atau telan pil minyak kelapa dara secara kerap.

 

Kesimpulannya ialah minyak kelapa dara adalah makanan kesihatan terbaik untuk ibu yang hamil. Dengan mengamalkan minyak kelapa dara 2 sudu besar setiap hari, semua kelebihan yang dinyatakan di atas dapat diperolehi. Apa yang penting adalah ibu perlu sentiasa menjaga kesihatan diri sepanjang tempoh kehamilan agar saat kelahiran bayi nanti menjadi mudah dan tidak menyakitkan. 

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *