bayi, D'Aura Blog, Minyak Kelapa Dara, ruam bayi, Uncategorized

5 Cara Menghilangkan Ruam Bayi

Terdapat pelbagai jenis ruam bayi yang boleh memberi kesan kepada pelbagai bahagian tubuh bayi. Kebiasaannya, ruam bayi ini masih boleh dirawat. Ia cuma mengundang ketidak selesaan kepada bayi.

Bayi mempunyai kulit yang lebih sensitf  dan lebih mudah terdedah dengan jangkitan. Antara punca bayi boleh mendapat ruam adalah cuaca panas, alahan, kain, wangian dan bahan Kimia

Bergantung pada jenis ruam, ruam bayi boleh terkena pada bahagian muka, leher, kepala, tangan, kaki, punggung dan lipatan kulit bayi.

 

Antara jenis Ruam Bayi:

 

1. Ruam Panas

Ruam panas boleh kelihatan seperti bintik-bintik kecil dan merah dan merupakan keadaan yang biasa berlaku pada bayi namun boleh menjadi teramat gatal. Ruam panas berlaku apabila dalam keadaan cuaca yang panas dan lembap, bayi memakai pakaian yang tebal. Ia boleh dilihat pada bahagian yang dilindungi pakaian seperti dada, belakang badan, celah ketiak, leher, lipatan kulit dan abdomen.

Rawatan:

  • Pakaikan pakaian yang lebih nipis terutama sekali ketika cuaca panas.
  • Jika cuaca panas, pasangkan kipas atau penghawa dingin.
  • Mandikan bayi dengan air suam.
  • Sapukan Minyak Kelapa Dara pada kulit bayi selepas mandi untuk meredakan ruam panas bayi.

 

2. Ruam Lampin

Ruam lampin terjadi kerana bayi memakai lampin yang basar atau kotor untuk jangka masa yang panjang. Selain itu, lampin yang berkualiti rendah juga boleh mengakibatkan ruam lampin.

Rawatan:

  • Gunakan lampin yang berkualiti tinggi dan tahap penyerapan yang lebih tinggi.
  • Lampin perlu dituran sekurang-kurangnya 5 sehingga 8 kali sehari.
  • Periksa lampin bayi setiap kali selepas menyusu dan sebelum bayi tidur.
  • Cuci punggung bayi dengan air sejuk.
  • Lap sehingga kering.
  • Sapukan krim pencegah ruam lampin setiap kali anda tukarkan lampinnya.

 

3. Cradle Cap

Cradle cap atau kerak kepala padi bayi selalunya terjadi pada bayi. Ia boleh terjadi disebabkan kehadiran hormon ibu yang mengalir dalam darah anak menyebabkan penghasilan minyak sebum yang abnormal didalam kelenjar sebum dan folikel rambut bayi atau jangkitan kulat Malassezia yang tumbuh didalam kelenjar sebum bersama bakteria. Ianya adalah sejenis masalah kulit yang berwarna kekuningan, berminyak, berkelompok dan berkeruping.

Rawatan:

  • Dapatkan nasihat daripada doktor dan sapukan cream yang diberi oleh doktor pada kelapa bayi.
  • Cuci kepala bayi dengan syampu yang ringan.
  • Selepas mandi, sapukan Minyak Kelapa Dara (VCO) D’Aura pada kepala bayi, dan sikat secara perlahan bagi mengeluarkan serpihan kulit menggunakan sikat berberus halus.
  • Elakkan sapu bedak pada kepala bayi dan elak dari pakaikan topi pada bayi.

4. Ekzema

Ekzema atau alahan kulit, adalah sejenis penyakit yang dapat dikesan melalui ketika kulit mengalami perubahan. Kulit menjadi kemerahan, kering, menggelupas, bersisik dan kadangkala mempunyai cecair meleleh keluar. Bayi akan berasa gatal dan akan cuba untuk menggaru. Kulit akan menadi lebih radang jika digaru.

Rawatan:

  • Mandikan bayi dengan air suam.
  • Keringkan badan dengan cara menepuk tuala pada kulit bayi secara perlahan tanpa menggosak kulit.
  • Sapukan krim pelembap pada kulit yang merah dan kering setaip 3-4 jam.
  •  Gunakan sabun dan syampu yang tiada bahan kimia yang tinggi.

 

5. Ruam Susu

Ruam susu kelihatan seperti ruam merah pada bahagian pipi, hidung bayi dan dagu bayi. Ia boleh berpunca dari alahan kepada susu yang diberi, susu kering pada muka bayi, atau air liur bayi mengalir.

Rawatan:

  • Bersihkan susu pada wajah bayi selepas menyusu dengan segera.
  • Gantikan susu formula jika bayi alah pada susu tersebut.
  • Sapukan Minyak Kelapa Dara (VCO) pada wajah bayi yang terdapat ruam susu.

_________________________________________________________

Ruam bayi boleh diatasi dengan perlbagai cara. Antara cara yang baik ialah menggunakan Minyak Kelapa Dara (VCO). Minyak Kelapa Dara (VCO) bukan sahaja memberi khasiat kepada ibu hamil, tapi juga kepada anak mommies. Dapatkan Minyak Kelapa Dara (VCO) D’Aura kerana ia sesuai untuk kegunaan seisi keluarga.

PROMOSI SET IBU HAMIL

RM382.00 RM169.00
  • Memudahkan proses bersalin
  • Merawat "morning sickness"
  • Menstabilkan kandungan Hemoglobin
  • Melancarkan pembuangan air besar
  • Merawat kesan stretch mark
  • Menganjalkan tisu 'miss v '
  • Meningkatkan imunisasi badan
  • Boleh digunakan sebagai minyak masak
  Sesuai kepada: > Ibu hamil kandungan 2-9 bulan > Ibu dalam pantang > Ibu menyusukan bayi  
Add to cart

SET TRAVEL IBU HAMIL

RM95.80 RM65.80
Ianya kecil, dengan botol yg mudah dibawa kemana sahaja,  ke hospital, family holiday atau kemana sahaja. Supaya anda tidak terlupa mengambil D'aura VCO hari ini!   Sesuai juga dihadiah kan kepada rakan, saudara, dan insan istimewa yang sedang hamil atau baru berkahwin untuk ikhtiar hamil.  
  • Memudahkan proses bersalin
  • Merawat "morning sickness"
  • Menstabilkan kandungan Hemoglobin
  • Melancarkan pembuangan air besar
  • Merawat kesan stretch mark
  • Menganjalkan tisu 'miss v '
  • Meningkatkan imunisasi badan
  • Boleh digunakan sebagai minyak masak
Add to cart

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *